Pentadbiran awam Delhi

Pada Julai 2007, Wilayah Ibu Negara Delhi terdiri daripada sembilan daerah, 27 tehsil, 59 bandar bancian, 165 kampung dan tiga bandar berkanun (kawasan perbadanan perbandaran setempat).[41]

Peta sembilan daerah Delhi

Kawasan metropolitan Delhi terletak di dalam Wilayah Ibu Negara Delhi (National Capital Territory of Delhi, NCT). NCT ada tiga buah perbadanan perbandaran setempat, iaitu Municipal Corporation of Delhi (MCD), New Delhi Municipal Council (NDMC) dan Delhi Cantonment Board. MCD merupakan salah sebuah perbadanan perbandaran terbesar di dunia yang menyediakan kemudahan awam kepada kira-kira 13.78 juta orang.[42] Ibu negara India, New Delhi, terletak di bawah pentadbiran NDMC. Pengerusi NDMC dilantik oleh Kerajaan India atas nasihat Ketua Menteri Delhi.

Terdapat empat bandaraya satelit utama yang terletak di luar Wilayah Ibu Negara Delhi, iaitu Gurgaon dan Faridabad (di Haryana), Noida dan Ghaziabad (di Uttar Pradesh). Delhi terbahagi kepada sembilan daerah. Setiap daerah diketuai oleh seorang Timbalan Pesuruhjaya dan mempunyai subdivisi, setiap satunya diketuai oleh seorang Majistret Subdivisi. Semua Timbalan Pesuruhjaya bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Divisi. Pentadbiran Daerah Delhi merupakan jabatan penguatkuasaan segala jenis dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Pusat, serta menggunakan kuasa penyeliaan terhadap pegawai-pegawai Kerajaan yang lain.

Mahkamah Tinggi Delhi mempunyai bidang kuasa terhadap Delhi yang juga ada mahkamah rendah, iaitu Mahkamah Perkara Kecil (Small Causes Court) untuk kes sivil, dan Mahkamah Sesyen (Sessions Court) untuk kes jenayah. Polis Delhi yang diketuai oleh Pesuruhjaya Polis, merupakan antara angkatan polis metropolitan terbesar di dunia.[43] Pentadbiran Delhi terbahagi kepada sembilan zon polis.[44]

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...